Sejak saya sakit, saya menjadikan penulisan sebagai satu terapi dalam aktiviti hidup saya. Duduk mc dirumah tanpa rawatan yang betul-betul boleh pulihkan saya menambahkan lagi tekanan kepada saya. Mcam-macam perlu fikir. Andai tidak boleh bekerja nanti bagaimana dengan keluarga?. Tanpa saya sedar menulis ini mampu memberi alternatif lain untuk saya mula menjana pendapatan dari rumah. Bayangkan hendak memandu pun tidak mampu. Tetapi kekangan kepada saya adalah saya hanyalah penulis amatur yang masih belum layak bergelar penulis buku. Namun saya dapat idea dari sahabat saya Mr Sam yang menyediakan platform menjual e-book secara online. Ini bermakna walaupun buku saya belum siap, saya sudah boleh menjual e-book penulis lain dan dibayar komisen. Alhamdulillah. 
 
Oh lupa!. Apa itu e-book?.
e-Book adalah buku elektronik yang ditulis kemudian ditukar kebentuk PDF untuk dibaca menggunalan gajet seperti samrtphone, tablet dan komputer. Mudahkan?. Kepada pembaca mereka punya kelebihan iaitu lebih murah, lebih pantas dan lebih mudah untuk membaca dimana-mana.
 
Tapi apa pula kelebihan kepada penulis?.
Ini yang saya nak kongsi tentang saya. Bagi orang yang baru ingin hasilkan buku, maka e-book adalah pilihan terbaik. E-book mempunyai beberapa kategori mengikut apa yang ada dalam minda kita dan penulisan juga hanya ringkas tetapi padat dengan ilmu yang ingin dikongsi. Ianya berbeza dengan penulisan novel yang memerlukan kemahiran ayat yang lebih tinggi "darjatnya". Mudah saja untuk mula belajar menulis e-book jika anda ada kepakaran. Contoh jika anda pandai buat roti, tulis dan masukkan gambar cara adunan roti dalam e-book anda. Mula dengan penulisan yang mudah sahaja dulu.
 
Apa pula kelebihan kepada usahawan yang memang sudah memiliki perniagaan lain?
Ya!.Ini pun soalan yang bagus saya terima. E-book ini bukan sekadar boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan jualan buku sahaja tetapi ianya bakal bantu anda untuk tonjolkan kepakaran anda yang orang tidak nampak. Seperti tadi, jika anda pandai buat roti, selepas e-book adunan roti anda tersebar kemungkinan ada pembaca yang ingin lebih tahu tentang pembuatan roti. Apa lagi, anda anjurkanlah kursus pembuatan roti. Kenakan yuran RM150 seorang pun berbaloi. Dapat 10 peserta ajar di rumah saja setengah hari anda dapat RM1500.00!.. Menarik jika minda anda terbuka membaca tulisan blog saya ini. Anda jangan hairan terpaksa bersara awal dan jadikan kerjaya ini homebased business nanti. Jika anda usahawan jamu, tonjolkan kepakaran dengan perkongsian tip kesihatan. 
 
Apa lagi kelebihan jika sudah pandai menulis?
Ini juga menjadi kelebihan yang ramai tidak tahu. Anda boleh jadi ghostwriter iaitu penulis upahan. Bantu tulis e-book untuk orang lain dan upah untuk anda amat lumayan.
 
Sekarang saya mahu kongsi apa pula e-book store?
Mudah saja. Anda miliki kedai buku secara online. Boleh faham kan?. ok macam ni. Anda tidak tahu menulis e-book, anda tiada masa, anda tidak minat menulis tapi anda mahu pendapatan tambahan pasif dari rumah. Jadi, platform e-bookstore merupakan pilihan terbaik yang anda boleh mulakan. Ratusan e-book penulis telah tersedia. Tugas anda hanya buka kedai buku anda dan promosikan mana-mana e-book di media sosial anda. Buatlah dimana saja anda berada, diwaktu bila kerana ini perniagaan online 24 jam beroperasi seluruh dunia. 
 
Apa yang hebat sangat e-book store platform saya ini?
Jika mahu terang secara menyeluruh anda perlu hadir bengkel saya. Berguru depan mata lebih afdal. Tapi saya kongsi sikit diblog ini supaya anda tidak marah saya kedekut ilmu. Kelebihannya adalah anda tidak perlu uruskan jual beli e-book dari pembeli. Semua berlaku otomatik dari segi pemilihan dan pembayaran dari pembeli. Anda hanya perlu sebarkan promosi e-book store anda!. 
Pembeli juga boleh membeli e-book menggunakan sistem SMS di Malaysia dan Indonesia!..WOW! Pembelian menggunakan kad kredit, kad debit dan paypay sudah pasti tersedia.
 
Ada satu lagi idea saya ingin kongsi. Memiliki e-book store ini juga, anda boleh beri e-book secara percuma kepada orang ramai bagi mendapatkan data base bakal pelanggan. Contoh jika anda mahu promosikan spa anda, tulislah e-book ringkas tentang penjagaan wajah dan edar secara percuma. Setiap pembaca yang download e-book anda sudah pasti high quality prospect untuk anda jemput ke spa anda. Ini kerana, setiap e-book yang di download oleh pembaca, anda akan terima maklumat diri mereka untuk anda dengan pantas CALL TO ACTION menggunakan aplikasi wasap dan telegram yang turut disediakan kepada anda.
 
Eh.. ada lagi cara buat duit guna e-book store ni tau. Saya bagi contoh lagi satu. Anda boleh buatkan majalah elektronik untuk jabatan, masjid atau persatuan. Jika sebelum ini mereka terpaksa menaggung kos yang tinggi untuk mencetak tetapi kini mereka boleh jimat dengan bertukar kepada e-majalah. Kosnya pula anda boleh kenakan serendah RM1.00 untuk saru set majalah 10 mukasurat. Jika mereka order 1000 set? Keuntungan anda dalam anggaran RM800!!!.